Monday, 11 May 2015

Stefanie Kain

wait wait wait...... English mode change to Malay mode.
hurmm! hurmm! cubaan 1 2 3, cubaan 1 cubaan 2 cubaan 3. hahaha xD


3 tahun yang lalu adalah saat yang indah bagi saya dimana saya selalu ada disisi awak. sentiasa menemani awak setiap masa. kita cuma sekadar kawan biasa yang rapat. kawan rapat yang berkongsi suka dan duka, menolong antara satu sama lain jika kita memerlukan, sentiasa ada untuk memperlengkapi diri sendiri dan lain-lain yang sepatutnya menjadi tanggungjawab sebagai kawan.

2 tahun yang lalu juga adalah saat yang sukar bagi saya dimana saya menyukai awak. saya menganggap awak lebih daripada kawan saya. saya menyimpan perasaan itu sudah sekian lama. cuma saya tidak pernah ingin untuk memberitahu awak sebab saya takut itu akan membuatkan hubungan kita musnah. saya pun memutuskan untuk terus menyimpan perasaan itu sehingga menyebabkan saya melayani awak lebih daripada kawan. sampai satu saat, saya sedar awak telah menyedari perasaan sebenar saya. saya pun berusaha untuk tidak menunjukkan perasaan suka itu.

1 tahun yang lalu dimana saya mengorbankan perasaan diri sendiri untuk orang yang menyukai awak. untuk selama 2 tahun saya menyimpan perasaan suka ini, semuanya jadi sia-sia apabila selepas 2 tahun itu awak telah dimiliki oleh orang lain. saya merasa bodoh kerana tidak memberitahu perasaan sebenar saya kepada awak. tapi seperti orang cakap, menyesal kemudian tiada guna. selepas itu saya memutuskan untuk merelakan awak dimiliki oleh orang lain.

mungkin saya memang tidak layak memiliki awak di dalam hidup saya. 

sehingga sekarang saya masih lagi menatapi gambar awak jika saya sangat merindui awak. sehingga sekaranglah saya tidak memiliki awak. sehingga sekaranglah perasaan itu masih ada. sehingga sekaranglah kita masih meneruskan hubungan sebagai kawan yang rapat. mungkin awak bukanlah jodoh hidup saya. awak milik orang lain walaupun sekarang saya tidak tahu apa status awak sekarang.

saya cinta awak.......

No comments:

Post a Comment